Friday, December 31, 2010

Sorotan 2010

Assalammua'laikum w.b.t

3 jam 28 minit 42 saat lagi 2010 akan melabuhkan tirai dan tahun baru 2011 akan tiba. So dikesempatan nih nak list down la beberapa perkara yg berkalu sepanjang 2010 nih. tuh pon yg mana masih bertakung dalam otak kanan dan kiri kepala aku la....

1. awal tahun bermula di kampung halaman, hasil pertunangan pada lewat 2009 sedikit menyuntik semangat tuk menjadi lebih berdikari. Dengan azam yg bekobar2 aku meneruskan bisnes Air Sarang Burung. Tapi panas yg disangkakan ke petang rupanya hujan ditengah hari.. Pelbagai pengalaman pahit dilalui sebagai insan yg mentah dlm dunia perniagaan. So, terpaksa berhijrah semula ke Kuala Lumpur kembali bekerja dalam bidang IT.

2. April.. terpaksa melepaskan megavalve aku. huk2.. keta lama, x dpt jual mahal2, boleh la sekadar RM 4,000. tapi cukup la tuk buat byr deposit keta baru.. hehehe..

3. Mei, bonda kesayangan sgt gembira, sbb kereta MyVii yg diidamkan akhirnya berjaya dimiliki. Tumpang gembira sbb famili bleh la menikmati keta yg lbih selesa nak p jalan2..

4. Dalam masa yg sama, SAGA BLM aku pon turut didaftarkan.. Paling best sebab bleh amik plat number nama seniri.. hehehe "RD 4774".. awas jika terlihat kenderaan ini di jalan raya. kui3..


5. penutup bulan Mei. join GREAT program under CYBERVIEW.. paling banyak perkara yg berlaku sepanjang training GREAT ni. kena gi OBS dkat Lumut, kayak keliling Pangkor, then g Water Rafting dkat Gopeng. organize charity event n last but not least our graduation Dinner.. tp yg plg best ialah dapat kenal kawan2 yg sgt-sgt-sgt-sgt Awesome..sampai bila2 x kan lupa..

6. September 12, hari yg sgt bahagia dalam hidup aku. secara Sah begelar suami kepada Puan Laila Suryani. walaupon buat majlis kecil2an, tapi bagi aku sgt meriah n bersyukur atas jodoh yg ditetapkan oleh Allah.


7. Last sekali, Alhamdulillah, rezeki makin bertambah, maybe berkat ada istri kot. diterima bekerja di TM Smart School. thanks again kat dilla a.k.a bend sbb tlg hantar resume aku dkat HR TSS..

So tuh la serba sdikit coretan dan sorotan 2010.. next post maybe azam 2011.. hehe...


Selamat Menyambut Tahun 2011, Semoga Terus Dimurahkan Rezeki

Monday, December 13, 2010

Memasuki minggu ke-3

Assalammua'laikum...

Alhamdulillah, masuk minggu ke tiga bekerja di TM Smart School.. Suasana kerja agak sempoi, lepak, slumber, rilek.. but, cant take for granted, akan tetap berazam utk perform. aku yakin nih platform yg terbaek tuk membina karier multimedia aku.. maklum la, kurang kreatif, so kena strive skit la tuk naek.. sekian.. nanti update lagi..

Friday, October 29, 2010

Ella - Gemilang

Gitaris2 sekalian.. jom layan lagu yang memberi semangat nih...



Am               G         Am
Terjagaku dari tidur yang lena
Am                  G        C
Melangkah malas menuju jendela
  Dm                 G
Kabus menyelubungi subuh
F                   G      E     Am
Mengimbas segala kenangan yang lalu

Am                G        Am
Lautan luas telah ku renangi
Am                G         C
Segala onak ranjau yang berduri
   Dm                  G
Tak kenal dan tak ku peduli
F           
Ku terus mencuba
      G          C        G
Kecapi hingga kini

C          Am     F       G
Bersama-sama tempuhi segala
C                     Am
Walau jalanan masih jauh
F              C    G    C
Hanya kau dan aku yang tahu

Am                  G        Am
Saat gemilang yang aku nantikan
Am                   G        C
Hampir menjelma di depan mataku
Dm                 G
Ku percaya saatkan tiba
F                         G        C
Hanya menunggu tika dan masa.. oh ohh

Bersama-sama
Tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Kan kita kecapi bersama

E                 F
Sungguh aku berjanji
G                 C
Dengan diriku sendiri
E                 F
Untukku menggenggami
G       G       G
Ikhlas, sabar, benar

Tuesday, October 19, 2010

Burung Bangau Dengan Seekor Ketam

Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasih hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasih tersebut.

Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menagkap ikan yang datang berhampiran dengannya.

Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah".
Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasih ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- ngangukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.

Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasih begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau.
Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatanya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung  pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam  memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus.  Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua.

Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau.  Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing.  Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucakpan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.

Friday, October 15, 2010

Perkabaran Gembira

Alhamdulillah..... kalimah yang terucap dari bibirku. syukur bercampur excited bila mendapat pekabaran gembira dari seorang kawan baek, bend a.k.a dilla menyatakan permohonan aku untuk bekerja di TM Smart School telah diterima..

Tapi x bleh gak terlalu gembira sbb x dpt confirmation lg. So, hanya mengharapkan panggilan dari TSS menyatakan aku officially diterima.. huhuhu.. moga2 dimakbulkan.. dan semoga Ar-Rahman Tuhan yang Maha Pemurah terus mengurniakan rezeki yang mencurah2 kepada ku.. amin~~...

at last, petang2 dah dkat malam tuh, aku pon mendapat panggilan talipon dari En. Mazli mengesahkan aku telah diterima bekerja dkat TSS tuh.. jawatan Multimedia Programmer, gaji??? hurm, cukup2 la.. alhamdulillah la gak still dapat mencangkul rezeki yang halal.. Tapi apa2 pon, kena la tunggu offer letter plak.. hurm..

Sekian, Terima kasih.. x larat menulis dah, nak buat coding php plak.. daaa.. salam..

Thursday, October 14, 2010

Berubah Wajah!!

hurm... rasanya mmg dah lama terbengkalai blog nih.. sejak dah mendirikan rumah tangga nih mcm semangat nak mem-blog-kan diri tuh dah kembali.. thanksgod...

So, langkah pertama ubah la skit2 layout, color scheme n template tuk blog nih.. sbb jgn katakan org len, tuan punya blog nih seniri pon ha dah bosan dgn background hijau yang dulu tuh.. toing3... maka buat la tema biru plak.. then tahap kerajinan mcm dah betambah skit, so buat la plak banner header yg simple2.. kredit tuh bend sekali lg sbb gambar dari dia tuh gak la yg kena selected tuk jadi penyeri banner yg x seberapa tuh..

Harapan?? semoga sentiasa terus bersemangat tuk update blog nih.. kepada follower yg ada 2-3 kerat tuh, thanks sbb setia mengikut blog nih walaupon aku tau kowang x baca apa2 pon sbb mmg x der apa nak di baca.. hahahahaha....

Akhir kata, majulah sukan untuk negara...salamzzz...

Wednesday, October 13, 2010

Aku Akan Kembali

Ya Allah, kuatkanlah semangatku, murahkanlah rezki ku, dan bahagiakanlah perkahwinanku...

aku akan kembali aktif berprofilkan "penembak" yang hebat.. insyaAllah..

Saturday, August 21, 2010

Assalammualaikum

lama x post, sorry...

Sekian, Terima Kasih....

Thursday, April 1, 2010

Aku dan Penipu

Hurm, emosi cam x stabil lately.. ahaks... kontroversi btul phrase tuh, tp nak buat cam na, x tahu dah nak percaya sapa zaman2 moden cam skrg.. so, lyn emosi, lyn meet uncle hussin lyn drama king.. uhuk..



Black & Meet Uncle Hussain - Drama King

Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Chorus
Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati murahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Ulang Chorus

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertakhta
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat

Thursday, March 18, 2010

Bird Nest Drinks - Air Sarang Burung


Kami ingin mencari agen/pengedar/stokis
daerah/stokis negeri
bagi memasarkan produk
"Bird Nest Drink" kami yang berkualiti
serta baik untuk kesihatan.

"Bird Nest Drink" ini terdiri daripada 4
variasi produk.


1. Regular @ Biasa (label biru)
sesuai untuk smua lapisan masyarakat dan bleh
dinikmati oleh smua lapisan pringkat umur.
harga pasaran RM 5.00 / per botol


2. Less Sugar @ Kurang Manis (label hijau)
sesuai kepada sesiapa yang menghidapi diabetis
atau penyakit kencing manis.
harga pasaran RM 5.00 / per botol


3. Honey @ Madu (label kuning)
Diperkaya dengan madu yang memang dikenali
berkhasiat untuk menambah tenaga dan stamina.
harga pasaran RM 6.00 / per botol


4. Collagen @ Kolagen (label merah jambu)
Ditambah dengan kolagen marin. Sangat baik
untuk kecantikan kulit dan awet muda. produk yang
sgt digemari oleh kaum wanita sekarang.
harga pasaran RM 8.00 / per botol


produk dibekalkan dalam bentuk 12 botol/ 1 dozen
per bungkus. terdapat juga dlm bungkusan set yang
mengandungi kesemua jenis variasi produk.

agen/pengedar/stokis daerah/stokis negeri akan
dihadkan bg sesuatu kawasan bg mengelakkan berlaku
pertindihan pasaran (market clash)
jadi tunggu apa lagi, hubungi kami sekarang untuk
mengetahui dengan lebih lanjut.
Keuntungan lumayan.. InsyaAllah..
Produk berkualiti dari hati yang suci.

sesiapa yang berminat boleh menghubungi :
Ezar - 017-5757894
Pjabat - 04-9772095 (9 a.m - 6 p.m)


TERIMA KASIH

Friday, February 19, 2010

Proton Oh Proton...




How do you rate Proton's Customer Service and Service Deliveries?

Tuesday, January 19, 2010

Bonda - M.Nasir




Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga


Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama


Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan


Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi


Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu


Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu


Oh! bonda
bonda


p/s : sorry mama if i grow up not the way i'm suppose to be.
i'm not perfect..

Sunday, January 10, 2010

Malam Minggu Yang Lalu...

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus menulis walaupon dah lama sangat dah meluahkan seswatu kat sini.. Syukur la juga sbb akhirnya hidup dah semakin tenang dari dugaan oleh virus2 manusia yang sentiasa di penuhi hasad dengki dan berada dalam keadaan kerugian.. Na'uzubillah..

InsyaAllah, kalau diberi kesempatan, lepas nih bleh la menulis selalu kat sni kalu x sibuk.. hehhehe..
Ok la, x nak ckp banyak.. intro bebanyak pon borink gak..Post nih nak story psl kegiatan malam minggu lepas..

Memandangkan x der rezki nak tgk kawan baek mendeklamasi sajak, so buat la keputusan nak p tgk bola..
Perlawanan antara Perlis melawan Johor FC. x der expect apa2 pon sbb baru 1st game, sekadar mengisi masa lapang. keputusannya Perlis KALAH 1-0.. x der rezki la tuh.. Apa-apa pun, agak berpuas hati la ngan pesembahan yang ditunjukkan, cuma maybe x der luck kot.. asyik x da penyudah jerk..

So, lepas je tgk bola, Amin contact, dia ckp dia nak blanja makan.. Alhamdulillah, rezki lg.. macam biasa, lepak dkat port Burger Cafe. Amin nak blanja sempena dia dapat tempat ke-2 pertandingan mendeklamasi sajak. ok la tuh, better lest then loose. so, thanks Amin, sedap lamb chop yg kau blanja.. kekekeke..
k la. dah penat menaip ayat2 skema nih.. bye..
Wassalam..