Thursday, October 1, 2009

2 Syawal 1430 - 21 September 2009

Alhamdulillah, pada tarikh yang disebut diatas, aku dah selamat dinobatkan sebagai "tunang orang". huhuhu.. single but not available dah le lepas nih.. so dikesempatan ini, nak mintak maaf la pada kengkawan yg aku x sempat bg tau, lg pon majilis tuh bwat simple2 jerk..

2 syawal, lepas solat Zohor, ramai la sanak saudara mara datang berkumpul dirumah aku. punya la semangat semua nak ikut rombongan meminang. Maklum la, semua excited mendengar berita mengejut yg insan x bercouple nih tetiba nak bertunang. So x dpt dinafikan la, mmg ramai la yg ikut rombongan meminang tuh. 9 biji kereta semuanya, macam nak g nikah jerk.. isk2.. bg aku, smua nih sbb ari raya, so mmg ramai saudara yg blk kg.. huhuhu.. bgs kan alasan.. hehe.

Seperti yg dijanjikan, aku attach la beberapa gambar.. aku post gak kat sini FAQ yg aku slalu dapat lately..






FAQ :~~

1. Saper nama tunang ko tuh?
      -nama dia nih Laila Suryani Binti Elias..
2. Org mana gadis bertuah tuh?
      -bertuah ker?? hehehe.. org Pahang.. dkat je ngan Perlis..
3. brapa umo dia?
      -soklan mcm majalah gosip jerk.. of coz aku lg muda, aku kan baru 18 tahun... hehehehe.. umo dia rahsia la...mana bleh bg tau, tanya la dia seniri..
4. Dah lama ke kowang couple?
      -Opsss!! soklan cepu mas, patut last skali soklan nih, hehe.. X der la, kami x couple.. kawan-kawan je sblum nih, elek la, lpas kawen couple la...
5. Kenal dkat mana? Blaja sekali ke??
      -kenal melalui Alip (cousin aku yg plg best n qaribb), dia study ngan alip dlu.. So soal study tuh, of coz totally diffrent place..
6. Bila nak kawen??
      -grgrgrgr.... bila agaknya ek?? aku pon x tau... insyaAllah, tgk rezki.. org ckp x elok tunang lma2. so ASAP kot.. hehehe :D


Nih la sdikit sebanyak yg bleh nak story kat sni.. yang laen2.. Private n Convidential..
so, pada kawan2 doa2kan la kebahagian kami yerk, moga2 dapat disatukan dlm ikatan pernikahan yg sah satu hari nanti amin....

Syukurku pada Allah yg mengaturkan segalanya..ku panjatkan doa padamu...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.
Amin-Amin Ya Rabbal 'Alamin 


(p/s - doa nih bukan aku yg karang, aku google jerk kat tenet..)

6 comments:

  1. rd..congratz ya.
    waaa dh rasmi dh ni mjd tunang org..
    so nk kawen jgn lupa jmpt eh..
    kalu da ms n klpangan time tu org akn pg,xjauh pn..

    ReplyDelete
  2. rd..congratz..slmt menjadi tunangan orang..kawen jgn lupa bgtau lak, kalo xdan nk jmput..tahniah..

    ReplyDelete
  3. hehe. tahniah.

    kawin cepat sikit. nak p jalan perlis ni. :p

    ReplyDelete
  4. congrat....jgn lupe jemput ye majlis.

    ReplyDelete